Posts

PinjamaN

Pinjaman... Dipinjamkan itu, pasti ada saatnya pemulangan dalam erti kematian, Wujudmu telah kau akur perjanjian akan keesaan tuhan, Hidup nanti kau penuhkan dengan amalan, Kerna kelak pasti akan ada hintungan, Antara terlupa atau banyak hayalan, Atau juga banyaknya kealpaan, Dibuai ke kiri mengejar kemewahan, Dibuai ke kanan pangkat hak pertuanan, Kau tanya bila akan diambilnya nyawa pinjaman, Jawapnya kau Laksanakan dahulu apa yang diperintahkan, Sesudahnya, kekusutan itu tidak lagi jadi persoalan, Bahkan kau faham bahawa usiamu bukan jaminan.. Hidup ini memang penuh liku-liku tetapi sudah kita dipersiap garis pegangan kehidupan... Panduan bukan hanya yang sesat tetapi agar semua kita gunakan sebagai pedoman.... Dunia ini alam pinjaman langkah permulaan, Setiap satunya ada pembalasan dijanjikan...